Selasa, 6 Jun 2023

Majlis Bacaan YaaSiin, Zikir & Doa Munajat

 

Dalam meraikan permintaan masyarakat awam kepada rangkaian Zikir yang diamalkan oleh Darussyifa’. Satu program mingguan (setiap hari JUMAAT) setiap bulan telah dianjurkan bagi mengalakkan budaya amalan berzikir di kalangan masyarakat awam dan juga pengunjung-pengunjung yang pernah hadir ke Darussyifa’. 

Ia juga merupakan majlis kesinambungan yang telah dipersetujui oleh Allahyarham Tuan Guru Dr. Haron Din serta dipimpin sendiri oleh beliau sebelum ini, atas memenuhi permintaan mereka yang bukan ahli Darussyifa’ untuk turut dapat bersama zikir secara berjemaah. 

Oleh yang demikian, Majlis Zikir yang dianjurkan ini adalah terbuka buat semua Muslimin dan Muslimat, dan ianya adalah buat mereka yang ingin melazimi diri dalam memperbaiki amalan untuk diri sendiri, pasangan suami isteri, anak-anak, ahli keluarga, dan seterusnya masyarakat.

 Surah Al-Baqarah Ayat 152 ;

  • فَاذْكُرُوْنِيْٓ اَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا لِيْ وَلَا تَكْفُرُوْنِ ࣖ 

    152. Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.

 

  • Setiap Hari JUMAAT
  • Bermula dengan Solat Maghrib berjemaah
  • Diikuti: Solat Hajat, bacaan surah Yassin, Ruqyah Asas 1/2/3, Rangkaian Zikir, & Solat Isyak
  • DEWAN TINGKAT ATAS,
    DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN, TAMAN SRI KASIH, SENAWANG


Hari/Tarikh : 

Jumaat - 9 Jun 2023/ 20 Zulqaedah 1444


Masa: 

7:00 malam (Bermula Solat Fardhu Maghrib Berjemaah).


Lokasi :  

https://maps.app.goo.gl/v2mP2RspXywnn4BDA

 



Perawat, Ahli, Orang Awam, Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan