Khamis, 8 Jun 2023

Majlis bacaan Yassin, Doa Selamat, Jamuan dan Sumbangan sempena kemasukan semula pelajar STAN ke Asrama.

Alhamdulillah, hari Khamis 8hb Jun 2023 semalam, dapat menyertai rombongan Darussyifa’ Negeri Sembilan yang dijemput oleh Pentadbiran SMK Tunku Ampuan Najihah (STAN) Seremban untuk majlis bacaan Yassin, Doa Selamat, Jamuan dan Sumbangan sempena kemasukan semula pelajar STAN ke Asrama. 
 
STAN yang dahulunya dinamakan sebagai SM Perempuan Seremban telah siap dibina pada bulan November 1967 dan dirasmikan pembukaannya oleh Tunku Ampuan Najihah pada 16 Ogos 1973 dan nama sekolah ini diambil sempena nama baginda. Sekolah ini berada dalam kawasan Bandar Seremban dan lokasinya hanya dua kilometer dari pusat bandar. 
 
Berlatar belakangkan Bukit Jong yang menghijau dan disaliri sebatang anak sungai iaitu Sungai Temiang, meletakkan sekolah ini dalam Zon Pencinta Alam. Lokasi sekolah ini dalam kawasan Temiang adalah berhampiran dengan kawasan perumahan, pusat perniagaan serta jabatan kerajaan seperti Jabatan Penjara Seremban dan Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri Sembilan. 
 
Majoriti penduduk di sekitar sekolah ini terdiri daripada kaum Cina. STAN juga mempunyai asrama yang menempatkan pelajar Kelas Rancangan Khas dan juga pelajar yang tinggal jauh dari kawasan sekolah.
Alhamdulillah dan Terima Kasih kepada Pentadbiran, kakitangan, guru2, pelajar2 STAN serta semua ahli Darussyifa' terutama dari PRN N Sembilan yang sama2 hadir bagi menjayakan lagi majlis tersebut.
 
8 Jun 2023 | Khamis


________________________________________________________


Kami, Perawat di Darussyifa’ bukan sahaja merawat manusia yang sakit rohani dan jasmani.

Tetapi ramai yang tidak tahu, kami juga sering mendapat jemputan untuk melakukan rawatan premis iaitu merawat @ memagar rumah, kedai, pejabat, restoran, klinik, taska, tadika, butik, homestay, institusi kewangan termasuk di pejabat dan agensi kerajaan dan lain-lain premis yang “sakit dan bermasalah” atau pun mengalami gangguan misteri dan makhluk halus, dengan izin Allah S.W.T.

Ada juga yang menjemput kami untuk melakukan rawatan premis apabila hendak memasuki rumah baru @ premis baru dengan harapan rumah baru @ premis baru itu terhindar dari sebarang gangguan, dengan izin Allah S.W.T.
Aturcara Rawatan Premis adalah seperti berikut:-
– Solat Maghrib Secara Berjemaah.
– Solat Hajat.
– Bacaan Yaasin.
– Bacaan Ruqyah.
– Bacaan Zikir & Doa.
– Solat Isyak Secara Berjemaah.
– Aktiviti Pemagaran.
– Jamuan.
– Sesi Rawatan Personal @ Ahli Keluarga @ Staf @ Kakitangan (Sekiranya Diperlukan).
– Bersurai.

Selain dari itu, kami juga sering dijemput oleh ahli keluarga pesakit ke hospital dan pusat perubatan untuk membacakan ayat-ayat ruqyah kepada ahli keluarga mereka yang sedang dirawat dengan harapan pesakit yang dirawat itu cepat sembuh. Walau bagaimanapun, kita hanya berusaha dan berikhtiar. Selebihnya adalah urusan Allah S.W.T. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Dia Maha Menyembuh.


Selanjutnya di sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan