Ahad, 9 Julai 2023

Rawatan Rumah Suriaman

 


Sabtu, 8 Julai 2023 - Pusat Rawatan Negeri (PRN) menerima panggilan dari Pn Nisa daripada Suriaman, Labu memerlukan rawatan rumahnya atas sebab gangguan bunyi bising terutama tengah malam yang tidak tahu dari mana sehinggakan tidak dapat tidur.
Alhamdulilah, 6 orang perawat dapat menghadirkan diri ikhtiar dengan izin Allah datang ke lokasi.
Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti solat hajat, bacaan yasin, ruqyah,zikir dan berdoa kehadrat Allah swt agar rumah tersebut dan penghuninya terpelihara daripada sebarang gangguan.
Selesai Solat Isyak berjemaah, sesi penerangan rawatn disampaikan oleh Ust Samsuddin. Kemudian sesi rawatan dimulakan dan selesai dengan baik dan tenang.
Semoga usaha baik kita semua dinilai di sisi Allah swt.

"Kesembuhan Hanya Milik Allah"
Kita berikhtiar dengan izin-Nya,
Allah menyembuh dengan kudrat-Nya.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan