Selasa, 18 Julai 2023

Salam Maal Hijrah 1445H

 


 

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Negeri Sembilan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1445H/2023M khususnya kepada ahli Darussyifa' Negeri Sembilan serta seluruh umat Islam.

Peristiwa hijrah mengingatkan kita tentang pengorbanan Rasulullah saw, ahli keluarga serta para sahabat baginda demi meneruskan syiar Islam.

Semoga peristiwa ini terus menjadi inspirasi untuk kita terus berubah menjadi muslim yang lebih baik & mendapat keredhaan daripada Allah swt.

"𝐊𝐄𝐒𝐄𝐌𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐖𝐓"

🌸 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒𝐒𝐘𝐈𝐅𝐀' 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐔𝐒 🌸

[𝐑𝐌𝟗𝟓𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐊𝐀𝐍]
-Bilik rawatan
-Dewan Kuliah
-Bilik Operasi
-Pejabat Pengurusan
-Sesi Rawatan Islam
-Aktiviti Kebajikan
-Kuliah & Majlis Zikir

𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUSSYIFA' NEGERI SEMBILAN'
BANK RAKYAT
11-0198822-2
https://toyyibpay.com/Dana-Pembelian-Bangunan-DSN9

No. Kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembi

Ahad, 9 Julai 2023

Rawatan Rumah Suriaman

 


Sabtu, 8 Julai 2023 - Pusat Rawatan Negeri (PRN) menerima panggilan dari Pn Nisa daripada Suriaman, Labu memerlukan rawatan rumahnya atas sebab gangguan bunyi bising terutama tengah malam yang tidak tahu dari mana sehinggakan tidak dapat tidur.
Alhamdulilah, 6 orang perawat dapat menghadirkan diri ikhtiar dengan izin Allah datang ke lokasi.
Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti solat hajat, bacaan yasin, ruqyah,zikir dan berdoa kehadrat Allah swt agar rumah tersebut dan penghuninya terpelihara daripada sebarang gangguan.
Selesai Solat Isyak berjemaah, sesi penerangan rawatn disampaikan oleh Ust Samsuddin. Kemudian sesi rawatan dimulakan dan selesai dengan baik dan tenang.
Semoga usaha baik kita semua dinilai di sisi Allah swt.

"Kesembuhan Hanya Milik Allah"
Kita berikhtiar dengan izin-Nya,
Allah menyembuh dengan kudrat-Nya.