Rabu, 28 Jun 2023

Salam Aidil Adha 144H dari Kami DSyifa NS.


 بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H/2023M kepada seluruh umat Islam.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْم
كُلُّ عامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

"Semoga Allah swt menerima amalan dari kami & kalian"

𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐬𝐬𝐲𝐢𝐟𝐚’ 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧

#𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐬𝐬𝐲𝐢𝐟𝐚' 𝐍𝐒 》
https://www.facebook.com/darussyifanegerisembilan

#𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐬𝐬𝐲𝐢𝐟𝐚’ 𝐍𝐒 》
https://www.tiktok.com/@darussyifa.n9

#𝐓𝐞𝐥𝐞𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐬𝐬𝐲𝐢𝐟𝐚’ 𝐍𝐒 》
https://t.me/dsn9dk

#𝐁𝐥𝐨𝐠𝐬𝐩𝐨𝐭 #𝐖𝐞𝐛 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐬𝐬𝐲𝐢𝐟𝐚’ 𝐍𝐒 》
https://darussyifa-ns.blogspot.com/

"𝐊𝐄𝐒𝐄𝐌𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐖𝐓"

Jumaat, 9 Jun 2023

Program Pemukiman Darussyifa' Negeri Sembilan

 


Syukur AlhamduliLlah, mesyuarat Pemukiman Darussyifa' Negeri Sembilan (DSN9) berjaya dijalankan pada Sabtu 5hb Jun 2023 baru-baru ini dari jam 8:30pagi hingga jam 4petang di Dewan Galeri Muslim, Taipan 2, Senawang, N Sembilan.
Program dihadiri oleh semua AJK, Ketua2 Lajnah dan wakil2 PRK di Negeri Sembilan. Beberapa resolusi telah disahkan dalam mesyuarat pemukiman ini termasuk naiktaraf PRK Seremban menjadi Pusat Rawatan Negeri (PRN) bagi Negeri Sembilan.
 

Khamis, 8 Jun 2023

Majlis bacaan Yassin, Doa Selamat, Jamuan dan Sumbangan sempena kemasukan semula pelajar STAN ke Asrama.

Alhamdulillah, hari Khamis 8hb Jun 2023 semalam, dapat menyertai rombongan Darussyifa’ Negeri Sembilan yang dijemput oleh Pentadbiran SMK Tunku Ampuan Najihah (STAN) Seremban untuk majlis bacaan Yassin, Doa Selamat, Jamuan dan Sumbangan sempena kemasukan semula pelajar STAN ke Asrama. 
 
STAN yang dahulunya dinamakan sebagai SM Perempuan Seremban telah siap dibina pada bulan November 1967 dan dirasmikan pembukaannya oleh Tunku Ampuan Najihah pada 16 Ogos 1973 dan nama sekolah ini diambil sempena nama baginda. Sekolah ini berada dalam kawasan Bandar Seremban dan lokasinya hanya dua kilometer dari pusat bandar. 
 
Berlatar belakangkan Bukit Jong yang menghijau dan disaliri sebatang anak sungai iaitu Sungai Temiang, meletakkan sekolah ini dalam Zon Pencinta Alam. Lokasi sekolah ini dalam kawasan Temiang adalah berhampiran dengan kawasan perumahan, pusat perniagaan serta jabatan kerajaan seperti Jabatan Penjara Seremban dan Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri Sembilan. 
 
Majoriti penduduk di sekitar sekolah ini terdiri daripada kaum Cina. STAN juga mempunyai asrama yang menempatkan pelajar Kelas Rancangan Khas dan juga pelajar yang tinggal jauh dari kawasan sekolah.
Alhamdulillah dan Terima Kasih kepada Pentadbiran, kakitangan, guru2, pelajar2 STAN serta semua ahli Darussyifa' terutama dari PRN N Sembilan yang sama2 hadir bagi menjayakan lagi majlis tersebut.
 
8 Jun 2023 | Khamis


________________________________________________________


Kami, Perawat di Darussyifa’ bukan sahaja merawat manusia yang sakit rohani dan jasmani.

Tetapi ramai yang tidak tahu, kami juga sering mendapat jemputan untuk melakukan rawatan premis iaitu merawat @ memagar rumah, kedai, pejabat, restoran, klinik, taska, tadika, butik, homestay, institusi kewangan termasuk di pejabat dan agensi kerajaan dan lain-lain premis yang “sakit dan bermasalah” atau pun mengalami gangguan misteri dan makhluk halus, dengan izin Allah S.W.T.

Ada juga yang menjemput kami untuk melakukan rawatan premis apabila hendak memasuki rumah baru @ premis baru dengan harapan rumah baru @ premis baru itu terhindar dari sebarang gangguan, dengan izin Allah S.W.T.
Aturcara Rawatan Premis adalah seperti berikut:-
– Solat Maghrib Secara Berjemaah.
– Solat Hajat.
– Bacaan Yaasin.
– Bacaan Ruqyah.
– Bacaan Zikir & Doa.
– Solat Isyak Secara Berjemaah.
– Aktiviti Pemagaran.
– Jamuan.
– Sesi Rawatan Personal @ Ahli Keluarga @ Staf @ Kakitangan (Sekiranya Diperlukan).
– Bersurai.

Selain dari itu, kami juga sering dijemput oleh ahli keluarga pesakit ke hospital dan pusat perubatan untuk membacakan ayat-ayat ruqyah kepada ahli keluarga mereka yang sedang dirawat dengan harapan pesakit yang dirawat itu cepat sembuh. Walau bagaimanapun, kita hanya berusaha dan berikhtiar. Selebihnya adalah urusan Allah S.W.T. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Dia Maha Menyembuh.


Selanjutnya di sini.



Rabu, 7 Jun 2023

Rayuan Sumbangan Pembelian Bangunan Darussyifa' N.Sembilan


 
JOM TERUS INFAQ  PEMBELIAN BANGUNAN DARUSSYIFA' NEGERI SEMBILAN
 
 
 Kami ingin mengajak tuan-puan untuk sama-sama berkongsi rezeki bersama kami untuk membantu *Dana Pembelian Bangunan Darussyifa' Negeri Sembilan* 
 
⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️
🔰 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 & 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐚𝐪 boleh disalurkan kepada kami melalui pautan dibawah👇 
 
BANK: BANK RAKYAT

NO AKAUN:1101 9882 22

NAMA AKAUN :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒𝐒𝐘𝐈𝐅𝐀' 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍
No. Kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan :
𝐉𝐇𝐄𝐈𝐍𝐒. 𝟏𝟗𝟔(𝟎𝟗)𝐁𝐏𝐌𝐒.𝟑𝟖𝟗/𝟑 𝐉𝐋𝐃. 𝟓(93)
.
Sungguh bersedekah itulah saham kita di alam barzakh dan alam akhirat serta tanda sayang kita pada arwah ibubapa, adik beradik dsb.
.
Semoga syurgawi terindah buat para penyumbang.
Semoga Allah mengganjari semua sedekah/waqaf dari tuan/puan dengan ganjaran yang selayaknya. AMIN.🌷
.
☎️sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan

Sekian, Terima kasih🌹

Selasa, 6 Jun 2023

Majlis Bacaan YaaSiin, Zikir & Doa Munajat

 

Dalam meraikan permintaan masyarakat awam kepada rangkaian Zikir yang diamalkan oleh Darussyifa’. Satu program mingguan (setiap hari JUMAAT) setiap bulan telah dianjurkan bagi mengalakkan budaya amalan berzikir di kalangan masyarakat awam dan juga pengunjung-pengunjung yang pernah hadir ke Darussyifa’. 

Ia juga merupakan majlis kesinambungan yang telah dipersetujui oleh Allahyarham Tuan Guru Dr. Haron Din serta dipimpin sendiri oleh beliau sebelum ini, atas memenuhi permintaan mereka yang bukan ahli Darussyifa’ untuk turut dapat bersama zikir secara berjemaah. 

Oleh yang demikian, Majlis Zikir yang dianjurkan ini adalah terbuka buat semua Muslimin dan Muslimat, dan ianya adalah buat mereka yang ingin melazimi diri dalam memperbaiki amalan untuk diri sendiri, pasangan suami isteri, anak-anak, ahli keluarga, dan seterusnya masyarakat.

 Surah Al-Baqarah Ayat 152 ;

  • فَاذْكُرُوْنِيْٓ اَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا لِيْ وَلَا تَكْفُرُوْنِ ࣖ 

    152. Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.

 

  • Setiap Hari JUMAAT
  • Bermula dengan Solat Maghrib berjemaah
  • Diikuti: Solat Hajat, bacaan surah Yassin, Ruqyah Asas 1/2/3, Rangkaian Zikir, & Solat Isyak
  • DEWAN TINGKAT ATAS,
    DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN, TAMAN SRI KASIH, SENAWANG


Hari/Tarikh : 

Jumaat - 9 Jun 2023/ 20 Zulqaedah 1444


Masa: 

7:00 malam (Bermula Solat Fardhu Maghrib Berjemaah).


Lokasi :  

https://maps.app.goo.gl/v2mP2RspXywnn4BDA

 



Perawat, Ahli, Orang Awam, Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir.

Isnin, 5 Jun 2023

Program PRK Darussyifa Seremban

 
Jadual Rawatan

Isnin | Sabtu | Ahad
Sesi Pagi : 9.30 pg - 12.30t/hari
Sesi Petang : 2.30 ptg - 4.30 ptg

Rabu | 8.00mlm - 10.00mlm

RAWATAN TEPUK :
Sabtu & Ahad : 9.30pg - 12.30t/hari

👉👉👉TIADA TEMUJANJI

☘️☘️🍀 TIADA BAYARAN yg dikenakan ke atas setiap rawatan, sekiranya ingin memberi sumbangan, tabung ada disediakan.

MAJLIS BACAAN YASIN & ZIKIR DARUSSYIFA'
setiap hari Jumaat bermula dari Maghrib hingga Isyak. Semua dijemput hadir, bagi pemantapan rohani & mental.

"KESEMBUHAN MILIK ALLAH"

   ⏩Sebarang pertanyaan boleh hubungi;
 Ust Rohade 011-10556388
 Ust Azharul 019-2348302
 Ustz Farrah Wahida 013-683 9057
 Ust Ashraf 010-2865188
 Ust Hamizi 013-2238521
 Ustz Kamariah 012-3837487
 Ustz Norzilah 012-9709858
 Ust Fariz 018-3830582

PRK DARUSSYIFA' SEREMBAN,
(Bangunan kedai 2 tingkat)
No 12, Jalan Sri Kasih 1,
Taman Sri Kasih,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan.

Lokasi :  https://maps.app.goo.gl/v2mP2RspXywnn4BDA