Sabtu, 2 September 2023

Kursus Pengubatan Islam Kump-6 Sesi 2023/2024, Darussyifa’ Negeri Sembilan



*Permohonan Kursus Pengubatan Islam Kump-6 Sesi 2023/2024, Darussyifa’ Negeri Sembilan, Seremban Negeri Sembilan*

Permohonan bagi mengikuti Kursus Pengubatan Islam Kumpulan Ke- 6, Sesi 2023/2024 Darussyifa’ Negeri Sembilan kini dibuka.

Tawaran bagi mengikuti kursus ini adalah terbuka untuk mana-mana individu yang berminat serta memenuhi syarat-syarat permohonan (termasuk pelajar ulangan). Tempoh pengajian adalah satu (1) tahun yang bermula pada 17 Oktober 2023.

Bagi mereka yang berminat, terdapat tiga (3) cara yang boleh dipilih untuk memohon iaitu:
- Mengisi Borang secara manual (Serahan Tangan/ Pos kembali ke Darussyifa’ Negeri Sembilan) atau
- Imbas Kod QR atau
- Dalam Talian ‘Online’  pautan 'Google Form' atau https://bit.ly/3OWLoQv

Yuran: RM850.00 (Pengajian sepanjang SETAHUN)

Tutup permohonan: 30 September 2023
Temuduga Calon: 30 September & 1Oktober 2023 (Sabtu & Ahad)
Taklimat  Pelajar: 7 Oktober 2023 (Sabtu) Kuliah Pertama: 17 Oktober 2023 (Selasa)

36 Hari Kuliah Pada Setiap Hari Selasa Malam Rabu Bermula Jam 7 mlm (Maghrib Berjemaah) di Bangunan Darussyifa' Negeri Sembilan beralamat di No 12, Jln Sri Kasih 1, Tmn Sri Kasih, Senawang, N Sembilan Darul Khusus
https://maps.app.goo.gl/4qGyod69vGpdbbWT9

Sila Hubungi:
-Md. Fadzilah 019-6636236
-Azharul 019-234 8302
-Hanapi 012-3048500
-Ashraf 016-286 9556
-Norzilah 012-9709858
-Kamariah 012-383 74872
-Shikin 017-262 0215

LAJNAH AKADEMIK, DARUSSYIFA'' NEGERI SEMBILAN (DSN9)

"𝙆𝙚𝙨𝙚𝙢𝙗𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙈𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝"  
"𝙆𝙞𝙩𝙖 𝘽𝙚𝙧𝙞𝙠𝙝𝙩𝙞𝙖𝙧 𝘿𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙄𝙯𝙞𝙣𝙉𝙮𝙖, 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙚𝙢𝙗𝙪𝙝 𝘿𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙆𝙪𝙙𝙧𝙖𝙩𝙉𝙮𝙖"  
#𝙅𝙤𝙢𝙋𝙤𝙞𝙚𝘿𝙖𝙧𝙪𝙨𝙨𝙮𝙞𝙛𝙖'

 


 

https://bit.ly/3OWLoQv


Selasa, 18 Julai 2023

Salam Maal Hijrah 1445H

 


 

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Negeri Sembilan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1445H/2023M khususnya kepada ahli Darussyifa' Negeri Sembilan serta seluruh umat Islam.

Peristiwa hijrah mengingatkan kita tentang pengorbanan Rasulullah saw, ahli keluarga serta para sahabat baginda demi meneruskan syiar Islam.

Semoga peristiwa ini terus menjadi inspirasi untuk kita terus berubah menjadi muslim yang lebih baik & mendapat keredhaan daripada Allah swt.

"𝐊𝐄𝐒𝐄𝐌𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐖𝐓"

🌸 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒𝐒𝐘𝐈𝐅𝐀' 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐔𝐒 🌸

[𝐑𝐌𝟗𝟓𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐊𝐀𝐍]
-Bilik rawatan
-Dewan Kuliah
-Bilik Operasi
-Pejabat Pengurusan
-Sesi Rawatan Islam
-Aktiviti Kebajikan
-Kuliah & Majlis Zikir

𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUSSYIFA' NEGERI SEMBILAN'
BANK RAKYAT
11-0198822-2
https://toyyibpay.com/Dana-Pembelian-Bangunan-DSN9

No. Kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembi

Ahad, 9 Julai 2023

Rawatan Rumah Suriaman

 


Sabtu, 8 Julai 2023 - Pusat Rawatan Negeri (PRN) menerima panggilan dari Pn Nisa daripada Suriaman, Labu memerlukan rawatan rumahnya atas sebab gangguan bunyi bising terutama tengah malam yang tidak tahu dari mana sehinggakan tidak dapat tidur.
Alhamdulilah, 6 orang perawat dapat menghadirkan diri ikhtiar dengan izin Allah datang ke lokasi.
Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti solat hajat, bacaan yasin, ruqyah,zikir dan berdoa kehadrat Allah swt agar rumah tersebut dan penghuninya terpelihara daripada sebarang gangguan.
Selesai Solat Isyak berjemaah, sesi penerangan rawatn disampaikan oleh Ust Samsuddin. Kemudian sesi rawatan dimulakan dan selesai dengan baik dan tenang.
Semoga usaha baik kita semua dinilai di sisi Allah swt.

"Kesembuhan Hanya Milik Allah"
Kita berikhtiar dengan izin-Nya,
Allah menyembuh dengan kudrat-Nya.

 

 

Rabu, 28 Jun 2023

Salam Aidil Adha 144H dari Kami DSyifa NS.


 بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H/2023M kepada seluruh umat Islam.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْم
كُلُّ عامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

"Semoga Allah swt menerima amalan dari kami & kalian"

𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐬𝐬𝐲𝐢𝐟𝐚’ 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧

#𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐬𝐬𝐲𝐢𝐟𝐚' 𝐍𝐒 》
https://www.facebook.com/darussyifanegerisembilan

#𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐬𝐬𝐲𝐢𝐟𝐚’ 𝐍𝐒 》
https://www.tiktok.com/@darussyifa.n9

#𝐓𝐞𝐥𝐞𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐬𝐬𝐲𝐢𝐟𝐚’ 𝐍𝐒 》
https://t.me/dsn9dk

#𝐁𝐥𝐨𝐠𝐬𝐩𝐨𝐭 #𝐖𝐞𝐛 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐬𝐬𝐲𝐢𝐟𝐚’ 𝐍𝐒 》
https://darussyifa-ns.blogspot.com/

"𝐊𝐄𝐒𝐄𝐌𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐖𝐓"

Jumaat, 9 Jun 2023

Program Pemukiman Darussyifa' Negeri Sembilan

 


Syukur AlhamduliLlah, mesyuarat Pemukiman Darussyifa' Negeri Sembilan (DSN9) berjaya dijalankan pada Sabtu 5hb Jun 2023 baru-baru ini dari jam 8:30pagi hingga jam 4petang di Dewan Galeri Muslim, Taipan 2, Senawang, N Sembilan.
Program dihadiri oleh semua AJK, Ketua2 Lajnah dan wakil2 PRK di Negeri Sembilan. Beberapa resolusi telah disahkan dalam mesyuarat pemukiman ini termasuk naiktaraf PRK Seremban menjadi Pusat Rawatan Negeri (PRN) bagi Negeri Sembilan.
 

Khamis, 8 Jun 2023

Majlis bacaan Yassin, Doa Selamat, Jamuan dan Sumbangan sempena kemasukan semula pelajar STAN ke Asrama.

Alhamdulillah, hari Khamis 8hb Jun 2023 semalam, dapat menyertai rombongan Darussyifa’ Negeri Sembilan yang dijemput oleh Pentadbiran SMK Tunku Ampuan Najihah (STAN) Seremban untuk majlis bacaan Yassin, Doa Selamat, Jamuan dan Sumbangan sempena kemasukan semula pelajar STAN ke Asrama. 
 
STAN yang dahulunya dinamakan sebagai SM Perempuan Seremban telah siap dibina pada bulan November 1967 dan dirasmikan pembukaannya oleh Tunku Ampuan Najihah pada 16 Ogos 1973 dan nama sekolah ini diambil sempena nama baginda. Sekolah ini berada dalam kawasan Bandar Seremban dan lokasinya hanya dua kilometer dari pusat bandar. 
 
Berlatar belakangkan Bukit Jong yang menghijau dan disaliri sebatang anak sungai iaitu Sungai Temiang, meletakkan sekolah ini dalam Zon Pencinta Alam. Lokasi sekolah ini dalam kawasan Temiang adalah berhampiran dengan kawasan perumahan, pusat perniagaan serta jabatan kerajaan seperti Jabatan Penjara Seremban dan Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri Sembilan. 
 
Majoriti penduduk di sekitar sekolah ini terdiri daripada kaum Cina. STAN juga mempunyai asrama yang menempatkan pelajar Kelas Rancangan Khas dan juga pelajar yang tinggal jauh dari kawasan sekolah.
Alhamdulillah dan Terima Kasih kepada Pentadbiran, kakitangan, guru2, pelajar2 STAN serta semua ahli Darussyifa' terutama dari PRN N Sembilan yang sama2 hadir bagi menjayakan lagi majlis tersebut.
 
8 Jun 2023 | Khamis


________________________________________________________


Kami, Perawat di Darussyifa’ bukan sahaja merawat manusia yang sakit rohani dan jasmani.

Tetapi ramai yang tidak tahu, kami juga sering mendapat jemputan untuk melakukan rawatan premis iaitu merawat @ memagar rumah, kedai, pejabat, restoran, klinik, taska, tadika, butik, homestay, institusi kewangan termasuk di pejabat dan agensi kerajaan dan lain-lain premis yang “sakit dan bermasalah” atau pun mengalami gangguan misteri dan makhluk halus, dengan izin Allah S.W.T.

Ada juga yang menjemput kami untuk melakukan rawatan premis apabila hendak memasuki rumah baru @ premis baru dengan harapan rumah baru @ premis baru itu terhindar dari sebarang gangguan, dengan izin Allah S.W.T.
Aturcara Rawatan Premis adalah seperti berikut:-
– Solat Maghrib Secara Berjemaah.
– Solat Hajat.
– Bacaan Yaasin.
– Bacaan Ruqyah.
– Bacaan Zikir & Doa.
– Solat Isyak Secara Berjemaah.
– Aktiviti Pemagaran.
– Jamuan.
– Sesi Rawatan Personal @ Ahli Keluarga @ Staf @ Kakitangan (Sekiranya Diperlukan).
– Bersurai.

Selain dari itu, kami juga sering dijemput oleh ahli keluarga pesakit ke hospital dan pusat perubatan untuk membacakan ayat-ayat ruqyah kepada ahli keluarga mereka yang sedang dirawat dengan harapan pesakit yang dirawat itu cepat sembuh. Walau bagaimanapun, kita hanya berusaha dan berikhtiar. Selebihnya adalah urusan Allah S.W.T. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Dia Maha Menyembuh.


Selanjutnya di sini.



Rabu, 7 Jun 2023

Rayuan Sumbangan Pembelian Bangunan Darussyifa' N.Sembilan


 
JOM TERUS INFAQ  PEMBELIAN BANGUNAN DARUSSYIFA' NEGERI SEMBILAN
 
 
 Kami ingin mengajak tuan-puan untuk sama-sama berkongsi rezeki bersama kami untuk membantu *Dana Pembelian Bangunan Darussyifa' Negeri Sembilan* 
 
⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️
🔰 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 & 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐚𝐪 boleh disalurkan kepada kami melalui pautan dibawah👇 
 
BANK: BANK RAKYAT

NO AKAUN:1101 9882 22

NAMA AKAUN :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒𝐒𝐘𝐈𝐅𝐀' 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍
No. Kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan :
𝐉𝐇𝐄𝐈𝐍𝐒. 𝟏𝟗𝟔(𝟎𝟗)𝐁𝐏𝐌𝐒.𝟑𝟖𝟗/𝟑 𝐉𝐋𝐃. 𝟓(93)
.
Sungguh bersedekah itulah saham kita di alam barzakh dan alam akhirat serta tanda sayang kita pada arwah ibubapa, adik beradik dsb.
.
Semoga syurgawi terindah buat para penyumbang.
Semoga Allah mengganjari semua sedekah/waqaf dari tuan/puan dengan ganjaran yang selayaknya. AMIN.🌷
.
☎️sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan

Sekian, Terima kasih🌹